ivy
"spreny, take a look my farm"

Mula menjadi member Facebook pada tahun lepas, mungkin 2 tahun lepas. dah tak ingat. Tapi baru sekarang aktif.

Masih ingat lagi bila kite tanya pelajar dari Michigan Universiti dulu. Mereka tak ada friendster tapi cuma ada facebook. Kite pun pelik, budak2 time tu memang gila dengan Friendster. Tapi tidak bagi mereka. Bila kita berhijrah melawat sepupu di Singapura, kite tanya sepupu kite tu, kusyuk nya dia dengan komputernya. Jawabnya FACEBOOK, sekarang orang fokus facebook shj. Facebook, jika dilihat 1-2tahun lepas sangat kurang member2 kita yang ikut. ada lagi member kite tanya, "facebook? ape tu?". Kite pun jawab, alaa mcm friendster juga. ada yg jawab:"tak biasa dengan aplication facebook..".

Semenjak dari itu, kite pun mula berjinak2 dengan facebook walaupun telah lama berdaftar. Aku cari dan add sini, add sana kengkawan dan mula kenalkan pada mereka, lepas 2-3 bulan baru lah aku dapat rasa mereka dengan geng2 bergelumang dengan Facebook. Tambah2 dengan bahangnya Facebook game. Aduhai. macam2 ada, FarmVille, Restaurant City, Happy Farm... memang ketagihan dorang ni.

Facebook untuk saya sekarang adalah GAME nya.hehe. Memang buat gila dan tak jemu2. Games Playfish terutamanya memang sangat bijak menarik pemain2 mereka hingga tidak terhingga kepuasannya. Kite main Restaurant City, Happy Farm dan Happy Aquarium. Banyak lagi koleksi game yang lain seperti Pet City, Cafe World tapi kita sengaja cuba elakkan. Dah tak daya kite nak handle/tumpukan games2 sebegitu. Cukuplah setakat 3 jenis games.



Game 1:Restaurant City, kite masuk level 29. Kondisi, tidak byk menu dan tauke miskin... hehe :)


Game2: Happy Farm. lvl 14. sederhana aktif, petani miskin juga dan kurang baik hati, suka mencuri }:) dan kurang beri bunga. Spreny pembantu aku dlm kebun ni. THanks hehe.

Game 3: Happy Aquarium, tak sempat nak ambik gambar. susah nak dptkn gmbr dari Happy Aquarium. Lvl 30.dah nak masuk lvl 31. Sgt aktif dan tapi penternaknya juga sgt miskin.hehe :p

Objektif facebook sememangnya tercapai sebab sangatlah ramai member2 aku dari ex-shcool terutamanya SMK Riam yg kite jumpa dlm facebook ni. Ramai yg kite telah jumpa dan add dorang sebagai teman. Jumlah kawan tidak lebih 270 orang. Musim sekarang memang ramai juga add sebab bila dah ketemu sorang.. temu lagi sorang.. biasala tu.

Aplication baru yang kite guna dlm Facebook yang sangat jarang diketahui ramai iaitu Networked Blog. Aplication ni sangat berkesan buat pengguna blogger untuk mempromosikan blog ke dlm facebook tu melalui wall. Tetapi sambutan blog saya melalui facebook ni sangat-sangat-sangatlah kurang sambutan. Mungkin dikalangan member2 ni lebih cenderung berfacebook daripada membaca blog.hehe... kecian..

Anyway, terima kasih buat member setia membaca blog kite. ape2 komen je k.. Bye..

sekian sahaja berita aku tentang facebook.hehe.
Labels: 1 comments | Links to this post | edit post
Reactions: 
ivy
Hari ni tidak terlepas peluang untuk jalan2 cari makan dan shoping lagi. Ini lah kerja aku time cuti ni. hehe

Sasaran aku pada pagi ni masih lagi ke Restoren Face to Face Noodle. Baru je datang semalam tapi ada banyak lagi menu yang kita nak cuba. Sarapan pagi kite pilih menu Sweet n Spice Pan Mee(dry) RM3.80 , Shui Jiau (wraped prawn n fish wantan)3.80, meat ball RM3.60 soup dengan lo han quo with longanRM2.60(minuman mcm laici kang).



Amboi,Banyak sangat kite order. kekenyangan lah aku makan byk sangat.hehe.. dah tak perasan cuti ni kite memang mengepam badan sampai kembung2 hehe.

Teringatkan my dear aku di Tjg Mlm tu. Tidak terlepas peluang sekali lagi aku mencari apa yang boleh aku beli untuk dia. Masuk ke kedai Pet Shop, beli 2 bungkus makanan Pallet arnab untuk si dia. Sebungkus RM9.80 dan tiba2 tauke kedai kata RM9.00 je. amboi gembiralah sangat sebab dah murah lah tu. Kedai lain ada yang jual RM12.80, aku dah kena, menyesal sangat. Lepas tu ada juga RM10.80. Jadi hari ni kite dah tahu dimana jualnya mknn arnab yang memang favourite my dear aku.hehe. Kat semenanjung kite tak jumpa pallet sebegitu dan my dear aku gelojoh sgt bila dibagi palet tu. (Nanti kelapangan, kite akan wat blog khas yang lebih lengkap mengenai Ping-Ping)

Sempat juga lah tengok, apa eksesori yang sesuai untuk dipakai, aku tengok2 lah stokin/ kasut/pakaian untuk my dear aku.hehe. rasanya tak sesuai dan mahal lah juga. Stokin 4 kaki ni dalam harga lebih RM40.00. hehe. Di luar kedai ada sekumpulan arnab yang nampak dah besar mungkin dlm lingkungan 2-3 bulan begitu.Memang comel2 mcm arnab alahyarham Wen Wen aku yang berwarna brown.hehe. Harga seekor RM30. Spesies Tempatan mix Australia.


"Dont let ur finger licking" amaran kedai binate ni.hehe.nanti dorang sakit.. aku rasa dorang ni haus sangat sebab tu lah nak jilat, kite faham binate ni.hehe.. :)


Malam menjelang lah pula, kite pusing2 di bandar apa nak makan yek? Makanan seafood jadi sasaran. Bila terpandan Salmon Grilled, hehe memang aku mengidam ikan Salmon. Harganya RM15 sahaja. Kira murah lah tu dari lain2 restoren/hotel yang mencecah RM30-RM50 atau lebih.

I letak 4 bintang ####, ikan salmon sangat manis tetapi agak kurang garam.hehe. Saya terpaksa minta hirisan lemon dari bhgn bancuhan air, sebab kalau mkn western, daging ikan ni i biasa dengan lemon. Saladnya sangat sedap dimana kobis yang dikisar dengan salad, lemon dan susu sejat. cewah tau je rahsia ramuan dorang. yelah, kita biasa jalan2 cari makan ni lidah dah bleh scan apa kandungan makanan tu.hehe.


Grilled Salmon Fish
Kite lebih suka rasa ikan salmon yang mentah, yang ada pada Sushi.hehe

Sekian sahaja untuk hari ni. :)
ivy
Banyak lagi tugas yang blum diselesaikan. Semalam dah siapkan kad ATM untuk memudahkan kite mengambil salary.hehe. almaklumlah, gaji pertama katakan. dengar2 member2 di area sarawak dah dapat gaji. Kite blum ada lagi... Tunggu je lah. hehe.

Pagi2 ni memang bercadang nak cari kedai buat baju, nak tanya berapa harga untuk baju beruniform bagi persatuan bomba. Kite nak view harga. Ada sesaper ke tau mana nak buat baju beruniform yang murah di tempat korang? dengar2 kos lebih kurang RM100- RM200. Lengkap dengan topi, kasut sekalilah tu..

Kite ikut Persatuan Bomba, sebab sekaligus dengan semua pelajar2 pendidikan khas. Kite pun kali pertama dengar persatuan ni, baguslah lain dari yang lain bleh lah kite dapat ilmu baru. Kot-kot sekolah terbakar, bleh la panggil aku pi padamkan.
Ada ular terperangkap kat umah ke.. suruh kite jerat je lah :P

Seperti biasa, kite memang suka jalan2 cari jalan masuk kedai makan yang tak pernah kite masuk. Sasaran kali ni adalah Restauran Face to Face Noodle. Restoren ni semua harganya agak berpatutan. semua berunsurkan pan mee, mee kolok, wantan dan dumpling meet. Kali ni kita cuba Pan Meet dry dengan fried dumpling. Rasanya ok. I letak 4 BINTANG**** untuk restoren ni, persekitaran yang bersih, harmoni dan terdapat resepi cili kering khas diletakkan setiap meja untuk mkn bersama-sama dgn mee yg kita order. Siap ada letak komik lagi kat dinding restoren tentang cara makan sambal cili kering tadi.





Singgah di Super Save, tak terlepas untuk membelikan pakaian kepada my dear yang memang khas pilihan warna dari dulu iaitu merah jambu.hehe. dia ni si jantan.. my dear, aku belikan PINK pula.. kenapa yer? haa.. Ivy ada PET tau, i ada Arnab, hanya lah seekor2 nya arnab jantan. Nanti kite buat lebih lanjut tentang kehidupan dia dalam laman blog khas untuk nya sahaja. Nantikan kemunculannya. cewah...

Tali ni khas kite beli untuk Ping Ping, banyak sangat fungsinya, sebelum ni kite pernah minta toling teman belikan tali seperti ini di Mid Valley RM12, sangat nipis talinya dan hampir je nak putus..Itula, suka sangat gigit tali tu. Sebab tu kite beli satu set begini untuk Ping-Ping supaya dia lebih selesa dan selamat apabila kita bawa dia keluar.Ops, nampak gambar asu(bahasa sarawak untuk dog ) :) Tali yang kite beli memang untuk spesis lain, tapi kite nak cuba untuk arnab. Baju bertali ni yang bersaiz S, yang paling kecil memang nampak sesuai kat Ping-Ping, sebab spesis arnab aku sangat besar GIANT dengan bulu2 yang tebal.



Hari ni pun adalah hari aku sangat banyak berbelanja untuk membeli barang remeh temeh, sajer nak mencapai kehendak, beli apa yang kita rasa perlu untuk MELENGKAPKAN keselesaan hidup kita. Itulah hobi kite bila ada masa lapang, masuk kedai tengok barang, pantau harga dan beli. Tabiat pompuan kot.

Hari ni juga kite tengah pantau jam.Bukan Jam dinding hehe. aku tengok jam jenama crocodile dan BUM 25% diskaun. adalah beberapa pasang yang kite target tapi tak mencapai kepuasan sepenuhnya. Kite biasa pakai jam Swatch, tapi malangnya, tiada byk pilihan utk jenama jam Swatch tu.. Nak masuk kedai lain pantau2 lah tu. hehe.

Sekian untuk hari ni... semoga lebih ceria di keesokkan harinya.
ivy


Dalam kelaparan, kite jalan2 satu bandar nak makan aper yang kite tak penah makan.Pagi ni i serbu Restauran Shang Hai utk bersarapan sebab disana banyak menu yang boleh kite pilih. Kali kedua i masuk restauran ni dulu mkn roti bakar jer.

Pilihan menu pertama, yi hua pan mian iaitu Pan Mee. Biasanya Pan Mee yang kite makan hanya bertepung sahaja tapi kali ini Pan Mee nya berisikan ikan. haa.. Bila kita makan macam kita makan fish ball .. Berkuahkan ikan bilis dan sayur manis.Dipenuhi juga dengan bebola ikan, taucu kering dan taucu berisi ikan. Bila makan, i bagi 2 BINTANG **. Resepi yang kreatif, tetapi supnya tidak cukup sebati dengan ikan bilis dan bahan2 lain. Harga RM5.50.

Menu yang kedua di belakang tu adalah , Wantan Soup. Wantan dipangil Shui Jiao.. not in Wan Tan(mandarin). Kulit wantan yang membalut isi udang, isi ikan dan cendawan air- mu er. Wantan sup ini sangat banyak isinya dan lebih besar dari wantan biasa. Harga hanya RM3.80. I bagi 4 BINTANG. ****.

Petang ni nak jalan2 cari makan lagi lah.hehe.. lapar dah ni. :P
ivy
Cewah Pearl garden kononya...
Tmn Mutiara adalah tmn yg terkenal di kepulauan ni. Nampak sahaja apartment kos rendah-sederhana tetapi orang yg duduk di kawasan sini bukan calang-calang orang.

Tmn Mutiara ni ada 3 kawasan blok iaitu kawasan L, M dan LDA(agak jauh sikit).



Kwsn L adalah kwsn kite duduk skrg. berdekatan dgn surau dan kedai.hehe. Kawasan L ni bermasalah sgt dgn penyakit Parking keretanya. memang tak cukup kwsn utk parking. Khamis lalu, keta kite parking dihalang pulak oleh keta lain. Nasib baik kite mahir dlm kecerdasan ruang, dpt juga aku bawa keta kluar.Dah la pagi lagi tu, kalau keta tu tepat parking depan keta kite.. tak yah gi sekolah la kite pagi tu. Naik bas aje lah kite, Hana dan Yul. hehe



Thn depan kite kemungkinan pindah, mungkin kite duduk kat M atau LDA.. M kwsnnya ok sikit, rumah agak luas, ada koridor dan tiada masalah parking. LDA pula bermasalah parking tu.
Penyakit tiada air adalah sgt biasa di sini, sebab tu byk tangki2 hitam besar diletak dimana-mana setiap blok. Setakat ini, masalah bekalan air sudah tiada..

Pengangkutan disini bagus sangat. Bas sentiasa ada, macamlah korang berdiri tunggu LRT. Tambang pun murah. Kalau nak gi sekolah kite RM1.30 sahaja. kalau ONOFF RM2.60 shj sehari. lebih baik aku naik bas je kan.hehe.




Sewa... aduina.. sewa rumah disini sangatlah tinggi. Tinggi sangat2 mcm tinggi-tinggi gunung Kinabalu.hehe. dlm RM500 -RM550, kalau bernasib baik, RM450 dpt oklah tu. Kite pernah call tanya, ada yg mencecah RM1000 sebulan tau. Tapi siap furnish funiture, grill, perabot..

Kite cadang nak pindah dlm bulan Januari, tengoklah di mana kite dapat nanti. Kite dah booking di LDA, tapi kite lebih suke duk L @ M sebab kedai dekat.Esok2 i tanya blok M pula. Nabsiah td baru je bg phone no td, mana tau kot2 dpt murah..

Bila kite dah dpt rumah nanti, bleh la member2 dtg umah kite yer. Tunggu kite ada keta nanti..haa lagi lah aku bawa korang jejalan.hehe..
Labels: 3 comments | Links to this post | edit post
Reactions: 
ivy
Dgn kushuknya aku melayari internet, menonton tv dan berkipas.. tiba2 terpadam semua.. baru lah kita ingat.. bersyukur la kite dpt hidup dgn selesa selama ini. Dlm kepanasan dan diam, kite sabar aje..

Dlm kul 6pm, lega rasanya elektrik disambung balik. Sempat lagi kite kluar tadi beli 2 kotak lilin. hehe. yela takut kegelapan. Kawasan di sini cepat sangat gelap.
Kite masih tak bleh terima keadaan dlm kul 6pm dah gelap. tak biasa sangat, yelah kalau kat semenanjung kul 7pm masih ligat bawa motor pusing2 kat pekan.

Tertanya2 juga tadi, rumah aku aje ke takder lektrik?, masa kite pi kedai terlihatlah pekerja jual air keluar berkipaskan kad menu di luar kedai dorang. Bila dekat2 ndan minimarket tu.. kedengaran enginerator bising.. memang semua kawasan takder lektrik nih...

ok i nak kuar nih. jumpa Nabsiah PPM kite yang setia jadi pengikut aku.hehe.. takderlah. kat blok M15.aku kena cari ler ni..

ok.daa.
Labels: 0 comments | Links to this post | edit post
Reactions: 
ivy
tiba2 tv, kipas terpadam... aik..
Saper2 yg duduk Tmn Mutiara.. situasi sama ke?
dui kepanasan lah aku nanti..
Labels: 0 comments | Links to this post | edit post
Reactions: 
ivy
Duduk di Makmal IT ni, menanti saat untuk balik ke rumah.

Dengan borang budaya cuti sekolah, i kena hantar borang check list kepada PPM.
Lepas tu ke pejabat, hantar Buku Rekod Mengajar kita. Kite dah lengkap dah.hehe

1 sebulan lebih meningalkan sekolah, kena fikirkan juga apa yang akan diajar pd thn depan.

*I dah dpt jadual waktu tadi dari Kak Wan, i ajar Muzik.. cewah.. Multimedia dan Kemahiran Hidup.. Ok lah juga subjek2 ni memang related dengan sebab minat juga la.

Balik nanti kena packing, kemas2 bersihkan rumah... ahad ni kite balik.. yuhuu...

:) Borak ngan cgu Mahazi.. pasal modem2 nih.. hehe.
nak balik dah ni.. daa..
Labels: 3 comments | Links to this post | edit post
Reactions: 
ivy
3 pasang ni i punya tau..yang kuning tu aku panggil batik corak sawa..hehe


3 pasang lagi Spreny yang empunya..

Batik oh Batik
*maaf yer image kurang jelas buat sementara.nanti i letak pic yg bkualiti k.


Setiap hari Khamis, kite sebagai kakitgn kerajaan kena pakai baju batik. Nak promosikan corak kain batik kita..Sebab itulah kawan aku sorang dari Kuantan ni nak minta aku belikan Batik. Biasala, kita sebagai guru takkan lah nak tunjuk budak pakai baju yang sama aje kan.. kita pun naik jemu nanti. Spreny kata, nak batik yang lain dari yang lain, dan yang spesel.

Tadi kite sorang jln2 shoping pi kedai kain ingat nak beli batik untuk Spreny.. harganya murah sgt Rm27.90 untuk 2 pasang. Buy 1 Free 1 kononnya.. Kira RM14 lah sepasang.

2 orang pekerja ikut i pilih2 Kain Batik..korek2 dlm2 mana satu colour nak.. pemilih lah sangat.. "nak yg warna gelap... taknak cerah, cepat kotor...warna ni sesuai utk kulit.." mcm2. mmg cerewet tul. tapi yg penting ape yg kite beli, kita puas.


Menang membeli, menang memakai.. :) hehehe
Labels: 9 comments | Links to this post | edit post
Reactions: 
ivy
amboi.. terbangun la pula..
tiba2 aku tgok budak Tongod ni online.. sempat la berchat..
mcm2 pula cerita kami.. kisah di Tjg Mlm, khabar i di sini n dgn ole-olenya dia minta. hehe. buleh bah. Harap kita sempat jumpa saja di tjg mlm.
"Jgn lupa, tempat hotspot kita... Underground." hehe :P

Anyway, aku miss gila gila tjg mlm tu, thats y cuti pjg mmg aku berada di sana fulltime.hehe. aku punya dear guy di sana... barang2 aku byk disana... moto kesayangan aku... makanan favourite aku disana... n byk lah.

ok ler. i nak sambung tido... nite :)
Labels: 0 comments | Links to this post | edit post
Reactions: 
ivy
Tak lah sehebat mana.
Buat member2 yg memang ada nak tahu perkembangan ivy. bleh lakorang baca blog ni, bleh ler lihat perkembangan n perubahan yg kite buat.hehe..

Blog ini mengisahkan aku hidup di persekitaran mutiara2.. rumah mutiara, pulau mutiara.. sekolah pun mutiara.. sebab itu aku letak blog ni nama Shinning Pearl..
Sebelum aku berhijrah ke sini, memang aku harapkan Pearl juga.. hehe.


Anyway, kunjung la blog Shinning Pearl selalu n jgn lupa tinggalkan comment yer. tata
ivy
Baru je balik kelas bumi hijau, belum siap lagi kerjanya..
ni masuk kelas musik, 4 orang pelajar yang ada, lain2 nya cuti. so aku angkut dorang ke dlm bilik komputer.. ada yg main game, pandai buka facebook web, youtube..
pandaikan dorang.

borang penilaian sudah di hantar ke Unit B&K.. legalah. semua settle. :)
ivy
SPM- Selamat Pagi Malaysia... SPM korang dah start hari ni...

Pepagi ni, awal ler bangun ternampak sorang mamat sabah Tongod ni, YM aku 1.47am. sory yer, tak terlayan..letih sgt semalam.
Pepagi ni, line 3G kat sini kuar la pulak sempat la aku memblog. APe tugas aku kena wat hari ni yek?
  • ajar muzik nyanyian kar budak
  • wat surat sumpah(smlm tu tak sempat la pulak nak gi Majistret anak negeri)
  • Hantar buku RI kat PPM.
  • hantar borang penilaian ke BnK

Debar2 la pula utk pjar yang ambil SPM, hari ni kan dah mula, good luck la dari saya, do all da best.. :)

Labels: 0 comments | Links to this post | edit post
Reactions: 
ivy
masa dah nak sampai.. aku kena balik ni.. yuhuu.. best nya.. laporan buku log pun dah siap di fotostat.. dibinding dan dihantar entah apa la dikomen esuk2. hehe.
tapi nanti aku kena pi ler settle surat sumpah yek.. n kena pegi JPN utk sahkan fotostat ic bapa mak aku..
cuaca mendung je ni.. eh.. HUJAN...
  • sahkan ic
  • buat surat sumpah aku declare org Johor

adoi tention nya.. Hana baru jak bagitau, kalau nak sahkan Ic, kena liatkan yang asal.. adoi... tertunggak lah aku punya EPW ni.. takpa.. aku tangguhkan RM930 tu.. herm.. simpan2 tahun depan sudah berapa tu? hehe.. bleh ler down payment kereta..kwang2..


baru ku prasan, kali ini aku memblog pakai bahasa brunei tah pulang.. adeh2... sebab persekitaran aku mmg berbahasa Brunei...
Labels: 0 comments | Links to this post | edit post
Reactions: 
ivy
Hari ni Selasa, 3 hari lagi hari lagi kite cuti. tak sabar nyer..
Tadi ulang alik i urus dokumentasi tentang Buku Log Program Oreintasi. jumpa B&K, Pejabat, minta sain n cop n etc. sempat la lepak kat bilik IT ni jenguk2 Hana n cekgu2 kat sini..
Petang nanti kena gi Lembaga Tabung Haji, bukan utk pi haji yek.. pi Mahkamah Majistret utk sahkan i ni ambil wilayah mana utk declare sebagai kakitangn kerajaan. I refer kerja di Borneo, so i declare asal dari Johor Bahru. Dpt ler tuntut tiket free air ticket balik semenanjung n elaun2 nya. hehehe.

ivy
Semua guru GSST yang baru ni kena siap dan hantarkan Buku Log Program Orientasi kepada pihak sekolah, Unit Kaunseling dan Bimbingan dan ke Kementerian. Selagi ada masa, i lengkapkan buku log ni secukup-cukupnya.
Esok kena submit, fotostatkan 4 set dan jangan lupa lampirkan surat2, dokumen dan apa2 yang berkaitan dalam buku log itu.
Chayok2...
ivy
Bermulanya titik perubahan di Pulau Mutiara, Borneo. Mengisahkan seorang guru yang mengembara dan memulakan kehidupannya di sini. Coretan dan rintisannya akan disiarkan di ruangan ini untuk dikongsikan semua.
ivy

Cheese Kek Befday aku menyambut ulang tahun ke 24


Di kesempatan ini, aku pun sambut ulangtahun kat situ yg disponser oleh keluarga Jamil.. Member kwn baik aku yg baanyaakkkk mbantu aku semenjak aku disini.

Dlm kul 10am aku pi keluar beli sikit mknn jumpa dorang di Utama Jaya, dorang pun beli juga bahan2 utk mee, cheese kek, ayam dll. Pop.. belum i sampai rumah.. dlm kul 1pm, family ni dah sampai di pantai dgn terhidangnya mee goreng, bbq nya, dan yang dasyatnya CHEESE KEK!
i pun tegur akak, fuyoo.. cepatnya buat Cheese kek, supersonic betul. dlm masa 2 jam dia dah siapkan semua. terima kasih la.. susah2 jer..

Cewah semangatnya Yul, peace... *_*Y


Pemandangan indah.... ha.. yang berdiri tu Fer.. member baru i.Pantai di sekitar Pohon Batu ini adalah pantai yg terbersih di Asia. cewah.Dpt anugerah lagi tu.




Inilah hasil aktiviti kami, jalan2 di pantai sambil kutip sea shell...


Happy dgn korang. Terima kasih member2 semua.. :)
Labels: 0 comments | Links to this post | edit post
Reactions: