ivy
Sarawak ICT Ecpo pada 4-6 Disember ini telah memberi peluang kite untuk memantau harga dan menambah koleksi barangan IT. hehe .Notebook kecil adalah barang dalam kehendak yang paling bawah dalam koleksi kotak hati ni. Sebenarnya tidak terfikir pula kita keluar dari bangunan Stadium ini dengan membiarkan tangan kosong. Notebook/Netbook kata orang, entahlah.. “buta IT ke aku, tak tau ni. Beli je tu”. Hehe.


Semua notebook yang bersaiz begini mempunyai harga yang lebih kurang sama sahaja, cuma kelebihan pada setiapnya berlainan seperti penggunaan window 7, kemampuan battery, warranty dan sebagainya. Sekecil2 notebook ada yang memiliki ketahanan bateri sehingga 7 jam. Tidak lupa juga bagi Portable Hardisk yang melangkaui 500GB hanya pada harga kurang RM230. Zaman dahulu, HDisk mudah alih ini sangatlah mahal mencecah RM500.


Berfikir panjang untuk membeli HD, kenapa tidak aku beli je notebook kecil ni. Lagilah senang untuk aku. Dengan membawa labtop gergasi aku seberat 2.3kg tu. Ke hulu hilir aku bawa dengan saiz beg yang besar kemudian aku pun . “ahh...beli je notebook kecil”.


(Permukaan hadapan)

Malas hendak cerita panjang, akhirnya aku beli MSi ni dengan syarikat Boulevard IT dengan harga yang dalam lingkungan sama dengan yang lain iaitu RM1099 sahaja!



(Serba putih dan panjang tidak melebihi 30cm)

Harga dah cantik, aku minta ini itu tambah software baru macam Photoshop, Firefox, Real Player, Ulead, ACD see, Games dan yang sewaktu dengannya. Tunggu mereka install semua software kita sempat lagi memilih 6 jenis freegift, dorang bagi CD Album, Pencuci LCD, Beg Notebook berjenama MSi, Balutan beg Notebook lagi, 2 Mouse, Headphone dan Keypad cover. Kite Tanya Cooling Fan, dorang kata takda. Herm sungguh itu, kita happy jugak lah dengan memiliki notebook comel yang serba putih ini dengan pelbagai free gift yang dorang beri.




(barang tambahan 'free gift' 6 item)

Kelebihan notebook MSi ini boleh tahan lah juga seperti mempunyai ciri2 yang sangat lasak seperti tahan gegaran, tekanan sehingga 25kg, suhu mencecah -10'C hingga 65C dan byk lagi yang disenaraikan. Tidak lupa MSi dibekalkan web cam, turbo bateri sehingga 5 jam, wireless berkesan 802.11, 2.5 HD dimana ciri2 ni semua ada dan lebih dari notebook biasa punya dulu. hehe.

Meleret panjang hanya cerita notebook ini sahaja, sudahlah I nak tutup cerita. nk try2 buka kembara notebook baru kita ni.hehehe. Best juga Games nya... Chicken Invaders sound dan screen effect buat kita berada dlm tu..! daddaadaada....!


Labels: 0 comments | Links to this post | edit post
Reactions: 
ivy
Inilah masanya untuk kite membuat latihan angkat berat secara tidak sengaja. Cewah, manakan tidak bila tiba masa nak balik menaiki kapal terbang, ada2 sahaja barang yang dibawa, kalau sikit tak apalah. Ini terlebih muatan pulak.

Nasib baiklah kite tempah tiket MAS, muatannya boleh mencecah 20kg. Kalau lah A.A, aduhai, seksa rasanya bila muatan kite hanya terhad 15kg sahaja. Kadang2 barang yang kita beli dan bawa ni bukan untuk kite, untuk member2 dan family juga.
 '



Muatan penerbangan mula bertambah iaitu semasa penerbangan dari KL ke tempat kerja. sememangnya banyak yang kite hendak bawa dan ada yang terpaksa ditinggalkan dan selebih yang penting diposkan melalui khidmat mel lautan. Muatan sekilo hanya RM2, tetapi tempoh masa sampai sekurang-kurannya 3 bulan. Sebanyak 4 kotak yang kite telah pos pada bulan Oktober, 14th lalu baru sahaja sampai hari ini. Tak habis lagi barang2 kita bawa tau, ada lagi seperti motor, mesin pencetak dll.
Labels: 0 comments | Links to this post | edit post
Reactions: 
ivy
Setelah sekian lama sy meningalkan blog, byk topik yg ingin dikongsikan tetapi tidak terpost pula disini. hehe. Untuk member2 yang menyambut Hari Raya Korban, Salam Aidiladha saya ucapkan. hehe.

Baru sahaja kite berjaya buat format untuk Tarikh(warna merah dlm kotak kuning). dah dekat seminggu aku selesaikan masalah ni, akhirnya jumpa juga penyelesaiannya. Yelah bila lihat je UNDEFINED, manala nak semangat post. Bila kite masuk je bhgn blogspot ni, asyik2 nak ingat tukar template, format, RSS nya dan mcm2. Banyak gambar2 makanan, tempat kita lawat/jalan2 telah pun diambil tetapi tidak ditunjukkan. Tunggu ada masa nanti bleh la post disini. hehe.

Nampaknya wajah blog kite telah pun bertukar wajah. hehe dari merah jambu menjadi blog yang lebih kemas, mempunyai 3 colum dan  lebih menarik. Happynya. hehe. Settle je yang ni, kite fokus untuk buat blog untuk My Bunny Diary-Ping Ping pula. Masalahnya tdak cukup bahan2 dan gambar.

Hari ni sangat sedih la, tiket MAS aku ke KL tergantung, dimana MAS masih belum Recomfirm kite punya tiket. Kite dah ajak2 dgn member2 utk gi Melaka. Mcmana pun, aku nak pegi juga ke Tjg Mlm, Melaka dan Johor juga utk bertemu nenek aku di sana.

Tidak lupa untuk motor 'Nyamuk' aku yang penuh bermemori itu , sayang nya aku nak meninggalkannya utk hidup di tempat orang. Kite cadang nak pos ke sekolah. Senang lah kalau aku ada apa2 hal emergency kereta rosak ka.. bleh lah suruh Yul tumpang dgn kite sekali. hehe. :P

Sekarang ni aku kesejukkan, tengah duduk di dlm California Bistro, lokasi hotspot utk aku buat blog, makan dan meluangkan masa berehat bersama rakan2 disini. Lokasi berdekatan dengan pantai, tenang, hidangan makanan western, bersih, pelayan mesra dan mcm2 kemudahan menjadikan aku pensetia duduk di tempat yg sama di sini. Makanan yg sedap aku cadangkan adalah Tom Yam ikan. Dan terbaru hari ni kite baru je cuba Pizza Pepperoni dengan harga RM 10 sahaja! Jenis piza 'thin crust' sebesar 15 inch memang cukup untuk 3 orang! Tapi..hehe aku KEBAS sorang.. jgn jeles. :P Tukang chef sini muslim, erm bleh la utk ajak member2 muslim dtg sini. Erm kat Srwak ni biasala nama sahaja Bistro, tapi mknn nya Serve No Pork le. Entah dpt sijil halal ke tak, itu tak tahu lah.

ok nak jln ni bye2..