ivy
Sebaik sahaja kita naik tangga hendak menuju ke rumah kita, tercegat mata kita melihat beberapa helai kertas notis yang ditampal penuh dengan highlight pink. Aku pun membacanya. Setakat ini semua peraturan yang dicatit didalamnya saya ikut. Tetapi bila membaca bab BINATANG PELIHARAAN DAN TERNAKAN dalam pekeliling syarikat pembersihan ini senaraikan yang ke 10. Aku pun membacanya dengan serius sekali...





Aku Magnifier buat korang: 

10.0 Binatang pelliharaan dan ternakan.

1) Binatang peliharaan dan ternakan seperti ayam, itik, kucing, anjing, burung atau lain-lain binatang tidak dibernarkan diternak atau dipelihara di unit atau harta bersama yang mana ia akan menyebabkan bahaya, mengotor, mengganggu atau menghalang penghuni lain.

2) Pihak pengurusan berhak untuk mengambil tindakan yang wajar untuk mengalih, memindah, menangkap dan menghapuskan binatang tersebut tanpa sebarang notis di alam atau luar premis penghuni dan segala kos berkaitan akan ditanggung oleh penghuni yang terlibat.




Bila kita sebagai pemilik haiwan kesayangan membaca peraturan ini bermacam2 telah timbul dalam note pad dalam otak ni.. 
  • aku kena sembunyi binatang ni daripada pengetahuan mereka. Untuk lepaskan diluar pantang sekali.
  • Binatang aku dalam bilik je, tak kluar mana2 pun.
  • Binatang aku tak sekotor yang mereka sangkakan... siap ada sanitary spray, lantai yang dibasmi kuman, ada syampu spray, mandi selalu.... cewah... dan binatang aku ni sudah pandai Toilet Tranning. Jarang binate boleh buat benda ni.
Saya mengakulah, kertas penuh dengan Pink ditangga tu, memang buat aku tak duduk diam tensen mengingatkan kembali. Walaupun bukan melanggar peraturan pun... Sebab kalau bab menyebut BINATANG ni.. aku sangat SENSITIF...
PET LOVER katakan..
 

lebih-lebih lagi ayat 
"menangkap dan menghapuskan binatang tersebut tanpa sebarang notis....."

ape-ape pun janganlah ada perkara berlaku yang menghalang binatang aku ni... ha dia dok cium kaki aku tu..  haa itu dia binate aku.. Ping Ping. 






Gambar1: semasa di Jabatan Veteriner Haiwan. Emergency bawa dia sebab masalah sembelit..Trima kasih Cgu Mahazi bagi aku transport service utk aku mhantarnya pada masa itu.. hehe.





Gambar 2: Semasa dia berada di Country Homes, sering keluar berjumpa Vet, Pet shop dan Klinik untuk menerima vaksin, dan shoping2 beli peralatan untuk dia... Sayang macam si Baby..

ivy

Amat beratlah untuk kita meninggalkan rumah di hujung minggu ini... Hujung minggu adalah waktu yang sangat bermakna buat aku untuk beristirehat dan meluangkan masa bersama Ping2. Tidak ketinggalan kite dengan Cgu Veronica yang mengajak aku ke Kursus Kenali Dislexia di Shell Membedai amatlah berguna. Bagi 25 orang peserta yang awal tidak akan dikenakan pembayaran RM100. Siapa cepat dia free ler.. Apa lagi aku pun nak ler.. Orang nak bagi ilmu jgn menolak ler.


Kursus yang dianjurkan sepenuhnya oleh Persatuan Dislexia Malaysia dan diberi kursus oleh Puan Sariah Amirin yg telah cukup lama berkecimpung dengan pelajar pemulihan dan orang2 dislexia di Malaysia. Pengalaman yang  diberikan telah membuka mata dan hati kami semua tentang bagaimana orang Dislexia menjalani kehidupan seharian mereka. Dislexia secara mudahnya .dari struktur otak yang berlainan dimana anugerah dari Tuhan. Cara pemikiran mereka yang sangat menabjubkan ini sangat disanjung oleh masyarakat dunia... seperti Tom Cruise.. Albert Einstein.. ramai lg.






 

Jangan hairan pula.. kite memang sangat kagum dengan cikgu2 Perdana dr SMK Mutiara ni sanggup turun padang untuk mengikuti kursus ni.. Cgu Hygenus.. Cgu Veronica.. Baguslah.. memang sangat tidak rugilah hari Sabtu kite kan.. Dapat meluangkan masa bermain nyanyi2, borak2 tukar fikiran sambil timba ilmu semasa kursus ni. Memang bestlah korang. hehehe.





Habis je kursus.. sijil tetap diberi.. Sijil Dislexia.. adeler maknanya tu. org yg dpt sijil tu je tau.hehe.. Tamat kursus dengan seisi bergambar.. kite terus je pi Parkson beli present.. beli kek harijadi... cewah.. saper harijadi agaknya yek.. haa ini jawapannya..






Gelaplah pulak gambar ni.. yela.. labtop aku ni tada software2 bleh edit2 photo..Ada masa aku install ler...

Lepas aktiviti berkejar2 dgn Sugar dier yg manja tu... potong kek..kite kuar mkn kat luar..


balik umah penat giler...senyum dlm tido...memang best hari sabtu ni..

ivy
Jaminan anda untuk menggunakan blogger dan memblog akan anda kuasai hanya pada satu petang.. cewah..



Kursus atau taklimat membuat blog ini dijalankan oleh
Cikgu Mahazi dan kite.. hehe dan dihadiri oleh 9 orang pelajar iaitu Johari, Siti Nadia, Roszalinah, Norazilah, Rina, Maziana, Noormuzuaini dan Mohd Syafiq.




Salah seorang pelajar yang tekun membina blog peribadinya.

Tahniah buat semua kerana berjaya membuat blog dan telah tahu menggunakan Blogger untuk memblog. Tahniah sekali lagi.

Seisi permulaan petang ini tadi telah membuka langkah untuk pelajar2 SMK Mutiara yang lain bersemangat untuk memiliki  dan berminat untuk mempelajari blogger. Jangan lepaskan peluang kerana blog yang kalian cipta nanti akan dimasukkan ke senarai blog pelajar yang ke dalam laman web sekolah kita.

Sekian sahaja dari saya...
ivy



Air, Tani (tamil) dan Shui (mandarin) adalah sama makna.. iaitu airlah...


Perkataan seumpama ini 'air' sangatlah sinonim dengan masyarakat di sekitar Tmn Mutiara. Kawasan penduduk yang padat disitu dengan kapasiti air yang terhad menyebabkan penduduk sukar mendapat bekalan air mencukupi.. cewah, macam pengacara Aduan Rakyat TV3 pula.. hehe

Topik air ini juga hangat dikalangan guru2, yela masa cuti sekolah masalah air ini tiada. tapi masuk je hari persekolahan masalah air ini kembali teruk.. mana taknya semua family nak pakai air.. bapak nya.. mak nya dengan anak2 sekali nak mandi sebab nak pergi sekolah.

Ada yang mengatakan masalah air ini disebabkan paip selalu pecah... betul ke? Adalah seorang kawan kite yang kite kenal gitu2 je.. suami nya bekerja di syarikat besar perpaipan di sini. Katanya masalah air ini disebabkan pemasangan paip di bawah dasar laut merentas ke Menumbok.. betul ke?

 erm.. apa apa pun.. simpanlah air sebanyak-banyaknya dalam tong ke.. jimat2 lah guna air tu. Bila ada air terus dari paip.. kite cuci segala rumah tu.. cuci baju, mop lantai, mandikan arnab aku.. cewah.. hehe...


haa.. itu dia.. arnab aku yang suka mandi.. pembersih binatang ni. hehehe

Words of today...
"Aneh tani onne.."    =    "Abang, air satu.."
(bahasa yang aku selalu pakai kat kedai india..hehehe)

ok.. itu je post utk hari ni.. chaow....
ivy
Tarikh bersejarah dalam tahun 2010, iaitu hari pertama persekolahan. Tidak lepas juga kite telah ditetapkan untuk bertugas pada minggu pertama ini sebagai guru bertugas mingguan. Sampai ke sekolah 6.20 pagi dengan keadaan terpingga-pingga, nak buat apa dalam perhimpunan nanti. Nasib baik dibantu oleh pelajar pengawas sekolah, ringanlah beban aku. Kerusi disusun, PA system dan muzik sudah disediakan. Memang  kelam kabutnya teramat sangat, sebab ini adalah majlis perhimpuan pertama semenjak aku di Mutiara ni, belum pernah kita lihat perhimpunan yang serasminya.

Nasib baiklah aku menyediakan teks ucapan malam tadi, kuranglah gementar di atas pentas tu. Rupa-rupanya, sekolah ada menyediakan teks ucapan dan pelajar pengawas yang berucap. tetapi semua itu tiada pada hari pertama sekolah hari ini. Semua memandang pada aku.. herm.. buat aje lah. Menjadi MC di Universiti dulu pada majlis rasmi kecil-kecilan tidak sama dengan keadaan di sekolah yang ramai muridnya kerana kita kena tunjuk cara memberi MC yang betul di hadapan para pelajar.

Hari pertama persekolahan, kite kena buat terbaik untuk persepsi pelajar yang baru masuk terutamanya pelajar tingkatan 1. Jadi semua ikrar, rukun negara kita masukkan juga. Bila masuk seisi Rukun Negara aku on the spot cari cikgu yang ada di sisi untuk membacanya. Cikgu Cheah terima pelawaanku tanpa berfikir panjang dan memberi laungan rukun negara yang penuh semangat sehingga memecah hening di pagi tu. 'cewahh....'

Flow dan susunan majlis yang saya buat memang jauh berbeza dengan sekolah di sini. Sebab saya mengikut tatacara majlis dan pengalaman berbeza di sekolah2 lain. Tetapi on the spot saya ubah juga.


Masih ingat lagi semasa di Kolej dulu kita ada mengikuti bengkel Pengucapan Awam selama 2 hari,  tapi sedihlah sebab sijil tidak diberikan oleh penganjur. Pada masa itu, semua kami dipaksa memberi ucapan di hadapan khalayak, bila turn aku memberi ucap.. hehe semua audiens senyap termasuk Jurulatih memandang aku dengan tajam... dan melontarkan pujian "syabas, kalau majlis kebesaran tiada MC, kita boleh panggil dia untuk bekerja...". Cakap acah aje tu. hehe. 

Secara rasminya juga kite mengajar pelajar PK di sini dan mulai hari inilah juga saya mengenali mereka dengan lebih dekat. Dalam subjek Multimedia tadi misalnya, dengan 7 orang pelajar yang mempunyai tahap kelemahan yang pelbagai memang memberi cabaran cukup besar. Tetapi kite berbangga sebab secara keseluruhannya objektif tercapai walau hanya meminta mereka melukis komponen komputer di dalam makmal IT tadi. Bagi pelajar ini, aktiviti yang  diberikan adalah cukup sukar bagi mereka tetapi berjaya disiapkan oleh mereka. Bukan senang...

 


Para pelajar tak sabar2 nak main komputer selepas selesai melukis komponen komputer.

Anyway, selamat bertugas kepada semua guru2 dan kawan2 aku yang berada di luar sana. Semoga tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.. chayokk.... :)
Labels: 0 comments | Links to this post | edit post
Reactions: