Showing posts with label travel n food. Show all posts
Showing posts with label travel n food. Show all posts
ivy
Hari ni tidak terlepas peluang untuk jalan2 cari makan dan shoping lagi. Ini lah kerja aku time cuti ni. hehe

Sasaran aku pada pagi ni masih lagi ke Restoren Face to Face Noodle. Baru je datang semalam tapi ada banyak lagi menu yang kita nak cuba. Sarapan pagi kite pilih menu Sweet n Spice Pan Mee(dry) RM3.80 , Shui Jiau (wraped prawn n fish wantan)3.80, meat ball RM3.60 soup dengan lo han quo with longanRM2.60(minuman mcm laici kang).



Amboi,Banyak sangat kite order. kekenyangan lah aku makan byk sangat.hehe.. dah tak perasan cuti ni kite memang mengepam badan sampai kembung2 hehe.

Teringatkan my dear aku di Tjg Mlm tu. Tidak terlepas peluang sekali lagi aku mencari apa yang boleh aku beli untuk dia. Masuk ke kedai Pet Shop, beli 2 bungkus makanan Pallet arnab untuk si dia. Sebungkus RM9.80 dan tiba2 tauke kedai kata RM9.00 je. amboi gembiralah sangat sebab dah murah lah tu. Kedai lain ada yang jual RM12.80, aku dah kena, menyesal sangat. Lepas tu ada juga RM10.80. Jadi hari ni kite dah tahu dimana jualnya mknn arnab yang memang favourite my dear aku.hehe. Kat semenanjung kite tak jumpa pallet sebegitu dan my dear aku gelojoh sgt bila dibagi palet tu. (Nanti kelapangan, kite akan wat blog khas yang lebih lengkap mengenai Ping-Ping)

Sempat juga lah tengok, apa eksesori yang sesuai untuk dipakai, aku tengok2 lah stokin/ kasut/pakaian untuk my dear aku.hehe. rasanya tak sesuai dan mahal lah juga. Stokin 4 kaki ni dalam harga lebih RM40.00. hehe. Di luar kedai ada sekumpulan arnab yang nampak dah besar mungkin dlm lingkungan 2-3 bulan begitu.Memang comel2 mcm arnab alahyarham Wen Wen aku yang berwarna brown.hehe. Harga seekor RM30. Spesies Tempatan mix Australia.


"Dont let ur finger licking" amaran kedai binate ni.hehe.nanti dorang sakit.. aku rasa dorang ni haus sangat sebab tu lah nak jilat, kite faham binate ni.hehe.. :)


Malam menjelang lah pula, kite pusing2 di bandar apa nak makan yek? Makanan seafood jadi sasaran. Bila terpandan Salmon Grilled, hehe memang aku mengidam ikan Salmon. Harganya RM15 sahaja. Kira murah lah tu dari lain2 restoren/hotel yang mencecah RM30-RM50 atau lebih.

I letak 4 bintang ####, ikan salmon sangat manis tetapi agak kurang garam.hehe. Saya terpaksa minta hirisan lemon dari bhgn bancuhan air, sebab kalau mkn western, daging ikan ni i biasa dengan lemon. Saladnya sangat sedap dimana kobis yang dikisar dengan salad, lemon dan susu sejat. cewah tau je rahsia ramuan dorang. yelah, kita biasa jalan2 cari makan ni lidah dah bleh scan apa kandungan makanan tu.hehe.


Grilled Salmon Fish
Kite lebih suka rasa ikan salmon yang mentah, yang ada pada Sushi.hehe

Sekian sahaja untuk hari ni. :)
ivy
Banyak lagi tugas yang blum diselesaikan. Semalam dah siapkan kad ATM untuk memudahkan kite mengambil salary.hehe. almaklumlah, gaji pertama katakan. dengar2 member2 di area sarawak dah dapat gaji. Kite blum ada lagi... Tunggu je lah. hehe.

Pagi2 ni memang bercadang nak cari kedai buat baju, nak tanya berapa harga untuk baju beruniform bagi persatuan bomba. Kite nak view harga. Ada sesaper ke tau mana nak buat baju beruniform yang murah di tempat korang? dengar2 kos lebih kurang RM100- RM200. Lengkap dengan topi, kasut sekalilah tu..

Kite ikut Persatuan Bomba, sebab sekaligus dengan semua pelajar2 pendidikan khas. Kite pun kali pertama dengar persatuan ni, baguslah lain dari yang lain bleh lah kite dapat ilmu baru. Kot-kot sekolah terbakar, bleh la panggil aku pi padamkan.
Ada ular terperangkap kat umah ke.. suruh kite jerat je lah :P

Seperti biasa, kite memang suka jalan2 cari jalan masuk kedai makan yang tak pernah kite masuk. Sasaran kali ni adalah Restauran Face to Face Noodle. Restoren ni semua harganya agak berpatutan. semua berunsurkan pan mee, mee kolok, wantan dan dumpling meet. Kali ni kita cuba Pan Meet dry dengan fried dumpling. Rasanya ok. I letak 4 BINTANG**** untuk restoren ni, persekitaran yang bersih, harmoni dan terdapat resepi cili kering khas diletakkan setiap meja untuk mkn bersama-sama dgn mee yg kita order. Siap ada letak komik lagi kat dinding restoren tentang cara makan sambal cili kering tadi.





Singgah di Super Save, tak terlepas untuk membelikan pakaian kepada my dear yang memang khas pilihan warna dari dulu iaitu merah jambu.hehe. dia ni si jantan.. my dear, aku belikan PINK pula.. kenapa yer? haa.. Ivy ada PET tau, i ada Arnab, hanya lah seekor2 nya arnab jantan. Nanti kite buat lebih lanjut tentang kehidupan dia dalam laman blog khas untuk nya sahaja. Nantikan kemunculannya. cewah...

Tali ni khas kite beli untuk Ping Ping, banyak sangat fungsinya, sebelum ni kite pernah minta toling teman belikan tali seperti ini di Mid Valley RM12, sangat nipis talinya dan hampir je nak putus..Itula, suka sangat gigit tali tu. Sebab tu kite beli satu set begini untuk Ping-Ping supaya dia lebih selesa dan selamat apabila kita bawa dia keluar.Ops, nampak gambar asu(bahasa sarawak untuk dog ) :) Tali yang kite beli memang untuk spesis lain, tapi kite nak cuba untuk arnab. Baju bertali ni yang bersaiz S, yang paling kecil memang nampak sesuai kat Ping-Ping, sebab spesis arnab aku sangat besar GIANT dengan bulu2 yang tebal.



Hari ni pun adalah hari aku sangat banyak berbelanja untuk membeli barang remeh temeh, sajer nak mencapai kehendak, beli apa yang kita rasa perlu untuk MELENGKAPKAN keselesaan hidup kita. Itulah hobi kite bila ada masa lapang, masuk kedai tengok barang, pantau harga dan beli. Tabiat pompuan kot.

Hari ni juga kite tengah pantau jam.Bukan Jam dinding hehe. aku tengok jam jenama crocodile dan BUM 25% diskaun. adalah beberapa pasang yang kite target tapi tak mencapai kepuasan sepenuhnya. Kite biasa pakai jam Swatch, tapi malangnya, tiada byk pilihan utk jenama jam Swatch tu.. Nak masuk kedai lain pantau2 lah tu. hehe.

Sekian untuk hari ni... semoga lebih ceria di keesokkan harinya.
ivy


Dalam kelaparan, kite jalan2 satu bandar nak makan aper yang kite tak penah makan.Pagi ni i serbu Restauran Shang Hai utk bersarapan sebab disana banyak menu yang boleh kite pilih. Kali kedua i masuk restauran ni dulu mkn roti bakar jer.

Pilihan menu pertama, yi hua pan mian iaitu Pan Mee. Biasanya Pan Mee yang kite makan hanya bertepung sahaja tapi kali ini Pan Mee nya berisikan ikan. haa.. Bila kita makan macam kita makan fish ball .. Berkuahkan ikan bilis dan sayur manis.Dipenuhi juga dengan bebola ikan, taucu kering dan taucu berisi ikan. Bila makan, i bagi 2 BINTANG **. Resepi yang kreatif, tetapi supnya tidak cukup sebati dengan ikan bilis dan bahan2 lain. Harga RM5.50.

Menu yang kedua di belakang tu adalah , Wantan Soup. Wantan dipangil Shui Jiao.. not in Wan Tan(mandarin). Kulit wantan yang membalut isi udang, isi ikan dan cendawan air- mu er. Wantan sup ini sangat banyak isinya dan lebih besar dari wantan biasa. Harga hanya RM3.80. I bagi 4 BINTANG. ****.

Petang ni nak jalan2 cari makan lagi lah.hehe.. lapar dah ni. :P