ivy
Inilah masanya untuk kite membuat latihan angkat berat secara tidak sengaja. Cewah, manakan tidak bila tiba masa nak balik menaiki kapal terbang, ada2 sahaja barang yang dibawa, kalau sikit tak apalah. Ini terlebih muatan pulak.

Nasib baiklah kite tempah tiket MAS, muatannya boleh mencecah 20kg. Kalau lah A.A, aduhai, seksa rasanya bila muatan kite hanya terhad 15kg sahaja. Kadang2 barang yang kita beli dan bawa ni bukan untuk kite, untuk member2 dan family juga.
 '



Muatan penerbangan mula bertambah iaitu semasa penerbangan dari KL ke tempat kerja. sememangnya banyak yang kite hendak bawa dan ada yang terpaksa ditinggalkan dan selebih yang penting diposkan melalui khidmat mel lautan. Muatan sekilo hanya RM2, tetapi tempoh masa sampai sekurang-kurannya 3 bulan. Sebanyak 4 kotak yang kite telah pos pada bulan Oktober, 14th lalu baru sahaja sampai hari ini. Tak habis lagi barang2 kita bawa tau, ada lagi seperti motor, mesin pencetak dll.




Muatan kedua yang agak berat yang saya perlu papah keluar dari bangunan L12 Tmn Mutiara sampai ke persimpangan Tmn tersebut yang mencecah 25kg tidak termasuk beg labtop aku dlm 5-7kg. Fuyoo lebih 30kg tu. Tak termasuk orang2 nya sekali. Hehehe. Memang mustahil utk sorang wanita bleh angkat kesemua sekaligus dan terpaksa melalui perjalanan mencabar. cewah.. hehehek.. Mujurlah perkhidmatan bas sangat baik di pulau ini yg boleh membawa kite terus ke hadapan pintu gerbang lapangan terbang dengan hanya RM3.50 je.


Dengan muatan sebanyak 25kg sekali lagi dari pulau borneo ke gagasan kepulauan melayu haha. Sebuah beg yang besar sudah boleh mencapai 17kg telah membuatkan aku binggung. Taklah banyak sangat benda yang kite bawa cuma beratnya sahaja kain batik 6 pasang, makanan arnab ku 2 kg, coklat.. itu je pun. Memang sakit tangan membawanya mujurlah ada kereta yang menyambut kedatangan kite semasa sampai sahaja di KL Central. Hehehe.


Kali ini hanya tingal beberapa hari lagi kite akan berangkat pulang ke pulau mutiara, menyebabkan aku binggung dgn barang2 aku yang semakin bertambah ini. Aduhai, belum lagi masuk gaji, lepas masuk nanti hah… lagi lah banyak barang yang dibeli. Tambah2 musim Y.E.S nih,  jualan besar2n hujung tahun lah tu… hujung2 minggu ni nanti habislah geng2 sogo, midvaley kite terjah. Cewah, biasalah bila ingat je geng kasut, beg memang patut pun beli kat sini kalau nak dibandingkan dengan kualiti dan harganya memang jauh lebih murah dari tempat kerja kite.

Dengan situasi tegang begini, menyebabkan aku bertindak mencari kotak petang ni untuk mengepos barang yang kite beli dengan barang2 lama sekali  :)
 






Labels: | edit post
0 Responses

Post a Comment