ivy
Taklimat Orientasi ini kepada guru-guru baru telah memberi manfaat, kesedaran dan ilmu yang banyak untuk dibekalkan kepada guru-guru baru seperti kite ini untuk terus berkhidmat. Fasilitator yang memberi taklimat diwakili oleh Ketua-Ketua Sektor dan Penolong Pengarah. Pelbagai topik dimuatkan dan kandungan utama adalah 4 sub bagi NKRA, Kemudahan/elaun, Penempatan, Etika guru dan Penjawatan.
Maklumat yang disalurkan juga sangat berguna untuk Ujian Temuduga SPP dan ujian2 PTK.Contoh:

Bidang Keberhasilan Utama Nasional) KPM tersebut difokuskan kepada 4 sub-NKRA iaitu:

1. Prasekolah - dimana peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas ke pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012.
2. Literasi dan Numerasi - di mana semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.
3. Sekolah Berprestasi Tinggi - di mana usaha KPM membangunkan 100 buah ' high performance schools ' termasuk 'trust schools' pada akhir tahun 2012.
4. Pengetua/Guru Besar - di mana bai'ah atau akujanji kepada Pengetua/Guru Besar berdasarkan 'performance based assessment' mulai tahun 2010.

Berikut adalah fakta ringkas yang cuba disampaikan oleh  pengarah dalam ucapan majlis penutupan: 
  •  Kemenjadian murid
  • Tatacara seorang guru- Aspirasi 1 Malaysia
  • Kepimpinan guru mempengaruhi p&p
  • Budaya Cemerlang-prestasi sekolah, kerja
____________________________________ ^_^_________________________________

Majlis sangat meriah dengan penyampaian sijil penyertaan dan apabila nama kita dipanggil oleh pengacara pada petang itu "LiVi......(diam)" memang susah nama aku kan.. Pengerusi oleh Unit Ketua Pend. Khas, org2 kite lah..sempat lagi pengerusi maklumkn pengarah yang kite ni org P.Khas... :)

Tamatnya seisi taklimat dan aku pun mengemas dan menyimpan LCD yang diguna pakai selama 3 hari ini.Kalau tak kemas nanti Cgu Justine marah.. :) Inilah satu statement untuk kita berhati-hati dan menyimpan peralatan ini ke tempat asal. Yelah kalau tak cakap gitu sepah2 plak jadinya kan.. Takutlah juga kalau2 barang ini hilang, so kite tunggu Cgu Yul mengunci semua pintu Dewan Semarak itu..

Cuaca sangat panas hari ini, dan Cgu Ju menawarkan aku dan Mas makan makanan istimewa yang tidak pernah kami dengar dan makan di foodcourt UK.. Mee Makasar.. Aku ingat mee tu ala-ala Madagascar... ! 

Jalan-Jalan Cari Makan: Mee Makasar, Cucur udang dan ABC...
Selepas makan dan borak-borak, kami bertiga pun menuju ke Parkson untuk membeli barang keperluan dan saya sempat naik ke atas untuk membeli pakaian dan stokin sukan. Bila hendak bersukan ni kena pakai pakaian yang lengkap barulah selesa. 

Lupa nak maklumkan, hadiah kami dapat dalam larian acara 4X100m adalah towel. Ada yang kata, kite dapat towel je... aku pun jawab
"ha baguslah..memang aku dah lama nak cari dan beli towel.baguslah aku tak payah beli. ...":) member pun terdiam pandang dengar aku jawab gitu. aih... Betullah, towel tu berguna untuk kita mengelap peluh dan inilah masanya kita mula untuk menanam sikap suka bersukan!.... bermakna hadiah itu tau.

oklah.. esok p&p berjalan seperti biasa. kena rehat ni seharian tak jumpa rehat. tup.. tap balik terus buat blog.. Kite sebagai dokumentasi sukan kena buat laporan untuk Hari Sukan Tara sekolah... belum sempat buat lagi tu.. ok chau....

1 Response
  1. Spreny Says:

    haha.. u too miss moto moto that y u will think Madagascar... hehe.. kidding la...


Post a Comment