ivy
Aku meratap si dia yang termenung ke lantai..
Siapa tidak memahami perasaan si dia, bila kita lama telah bersama.
Walaupun mulut tidak bersuara, tapi aku faham tiada lain yang melayang di fikirannya.
Tekanan itu telah memberi inspirasi dimana sahaja aku pergi,
untuk mencari tempat tinggal yang lebih luas,
mencari makanan yang lebih berkhasiat,
kemudahan harian yang lengkap, memudahkan antara aku dan dia
dalam menjalani kehidupan hariannya.

Genap sudah 3 tahun bersama si dia, pelbagai cara untuk 
menghilangkan kerunsingannya.
Sanggupkah si dia menahan kesakitan bila dihantar ke pusat klinik untuk 'disurgerykan'.
atau mencarikan pasangan hidup yang sebaya dengannya.

4 hari aku berpeluang untuk berlayar dan berehat,
si dia akan ku tinggalkan sejenak,
semoga hari-hari itu aku mencarikan si dia pasangan hidup yang sesuai.
Untuk dijadikan peneman dalam menjalani kehidupan hariannya.

(Kesiankan 'pet' saya yang hidup tak keruan dimana setiap hari mengalami 'stress' yang teruk)
0 Responses

Post a Comment