ivy
Aku meratap si dia yang termenung ke lantai..
Siapa tidak memahami perasaan si dia, bila kita lama telah bersama.
Walaupun mulut tidak bersuara, tapi aku faham tiada lain yang melayang di fikirannya.
Tekanan itu telah memberi inspirasi dimana sahaja aku pergi,
untuk mencari tempat tinggal yang lebih luas,
mencari makanan yang lebih berkhasiat,
kemudahan harian yang lengkap, memudahkan antara aku dan dia
dalam menjalani kehidupan hariannya.

Genap sudah 3 tahun bersama si dia, pelbagai cara untuk 
menghilangkan kerunsingannya.
Sanggupkah si dia menahan kesakitan bila dihantar ke pusat klinik untuk 'disurgerykan'.
atau mencarikan pasangan hidup yang sebaya dengannya.

4 hari aku berpeluang untuk berlayar dan berehat,
si dia akan ku tinggalkan sejenak,
semoga hari-hari itu aku mencarikan si dia pasangan hidup yang sesuai.
Untuk dijadikan peneman dalam menjalani kehidupan hariannya.

(Kesiankan 'pet' saya yang hidup tak keruan dimana setiap hari mengalami 'stress' yang teruk)
ivy
Akhir-akhir ni memang sangat sibuk sampai lupa ada blog. Tambah-tambah dengan bekalan internet yang sangat terhad. Ada Broadband pun lambat nak dapat line.

Hari ini pagi-pagi menghadap komputer di dalam makmal IT sekolah pada hari Sabtu ni... Berpeluang utk aku update blog ni, on same time ada kursus seharian tentang penggunaan Interactive Evaluation System yang telah dibina oleh syarikat Globalnet Education Consultans Sdn Bhd.

Akhir2 ni memang macam2 aktiviti dan kursus yang dah kita join. Aktiviti terbaru yang best Kursus Peningkatan Pengendalian Kayak di Pulau Papan. Apa lagi memang aku bawa sekali kenangan dari sana dengan batu karang. hehe.. terluka bah. itu lah kali pertama dalam hidup aku yang terkena luka yang serius... Semalam sempat lagi bertanya Cikgu Marni, Mana satu yang sakit ni, luka begini ka? Lahir anak yang sakit?  sekali dijawab "kamu rasa la dulu" ...


 Malam2 nanti mcm nak kuar bersantai ler.. ada la tempat yg aku teringin nak pi tempat santai2 sambil makan2.. Tiara Resort la.