ivy
Aktiviti bermain Paint Ball pada 22 Mac 2010 bersama pelajar.

Kali ini kita ikut bermain paint untuk kali ke dua, selepas mengikuti Asas Kejurulatihan di Pusat Ko. Tidak lepas peluang kita sempat convert dan mengedit sedikit pada satu rakaman video. Permainan luar ini sememangnya sangat merbahaya dan harus mengikuti peraturan yang diberi. Ciri-ciri keselamatan harus dititikberatkan semasa berada di kawasan ini tidak kira anda sebagai pemain atau penonton sahaja.

Perasaan kita bila masuk kawasan ini ada rasa seronok dan kalau yang tak pernah memang sangat gerun, dan mendebarkan.
ivy
Ruang tempat tinggal: Sebilik master room bersama tandas. 

Peralatan: 2 aircond, tandas, sinki, dokumen kesihatan, tempat toilet training, 3 ikat kangkong, 1 bayam, 1 bungkus 1kg pallet, 1 tingkat tower pallet, 1 mangkuk rumput kering Botanical Hay, 7 bekas air dan 3 bekas air bertali.

Kondisi: Tingkap dibuka untuk peredaran udara dan air paip dibuka sedikit untuk menitiskan air ke dalam bekas. Jadi tidak lah dia dahaga dan sentiasa dibekalkan air yang segar dan bersih

2 hari lepas kita memang telah pergi ke Jabatan veterinar untuk membuat tempahan boarding untuk haiwan2 bermalam dan dijaga oleh jabatan. sangat murah iaitu sehari Rm5 saja. Lebih murah berbanding dengan hotel haiwan swasta yang lain semasa aku berada di Rawang dahulu dimana ada yang mencecah RM80 semalam. Kos boarding binatang ini sangat mahal dan terpaksa ditinggalkan di klinik haiwan tertutamanya buat binatang anda yang sakit atau pun dioperate. 

Bila difikir-fikir malas juga aku nak angkut Si Ping Ping ni pergi bandar time balik kena angkut balik. Hal ini tak brp kisah lah tapi masalah jangkitan penyakit dari haiwan2 lain yang merebak disitu merisaukan aku. penyakit macam kuku dan kutu terutamanya. takut merebak kat Si Ping Ping. 

Baru sahaja tadi aku menyiapkan semua bekalan makanan, air aspek kebersihan dan kesihatan dia. Sebelum meninggalkannya selama seminggu ni, aku sikat badannya, potong kuku, cek telinga, cek gigi, cek ada kutu ke tak dan area2 yang sewaktu dengannya. hehe. Tapi untuk makluman member2 semua, arnab aku ni jenis bulunya tidak mudah dihuni oleh kutu lah sebab sangat tebal.hehe. Tebal tapi bukan panjang jenis Anggora. 

Bekalan air,  botol mineral aku potong dan letak sana sini, semua ada 10 jenis bekas air dan 3 botol diikiat di area aircond tu dan dibawah sinki tandas. keadaan air paip dilonggarkan untuk dibiarkan menitis untuk bekalan air terus ke bekas air juga.Malas hendak cerita panjang, inilah keadaan bilik yang dilengkapi untuk ditinggalkan Ping Ping ini. 


 Semua jenis makanan untuk bekalan 1 minggu telah disediakan. Kangkong dan bayam direndam dalam air supaya tahan lama, segar dan menghijau.
(ada 2 aircond yg belum dipasang disitu, tempat 2 bekas air yang diikat)






 Tertera bekas hitam itu yang tepat untuk toiletnya 
dan sebatang karot terbengkalai disitu
menandakan sidia sudah kekenyang.
Arnab boleh dilatih untuk 'toilet training'. :)



 Paip air yang dilonggarkan menitis setitis demi setitis untuk bekalan air berkekalan. 
Sebelum ini saya ada bucu pin utk botol 1.5 litter tapi telah hilang. harga lebih RM20 sahaja.

Maaf lah yek, nampak gambar ni macam comot dan mungkin jijik bagi sesetengah orang.. jadi aku labelkan dgn tag supaya lawa sikit.hehe. namun sedemikian, kebersihan lantai dan tempat tidurnya terjamin bersih dan bebas kuman, dimana merendamkan toilet tray nya dengan klorox dan lantai dibasmi kuman dengan jenama Kleenx. 

Sekian laporan untuk tag "pet lover".

 Selamat bercuti dan Cuti-Cuti Malaysia.. yang yang cuti-cuti Beijing tu, bawalah buah tangan untuk orang Malaysia... hehe.
ivy
Cuti seminggu ni apa plan you all? ada yang Cuti-Cuti Malaysia lah, ada plak yg duduk umah jer. Inilah masanya untuk berehat dan mengembalikan tenaga yang telah haus bekerja.hehe. Tidak lupa ada lagi sisa-sisa kerja yang tak siap boleh la kita cover2 dalam tempoh cuti ni. Dah beri peluang seminggu tu.. kalau tak siap juga, tak tau lah i nak kata.

Lokasi percutian yang aku pilih adalah Miri. Miri adalah bandaraya yang cukup pesat berkembang memang tepat dengan penjenamaan iaitu Bandar Pelancongan. Di bandar sahaja sudah cukup banyak kedai2 yang semakin hari semakin bertambah. Apatah lagi macam Parkson, B Boulevard dan Mall. Jadi lokasi untuk bershoping itu sudah tentu dapat memenuhi kalian yang dtg ke Miri. cewah, macam agen pelancong pulak aku. Tapi ..memang betul, lokasi yang strategik tidak penuh wujud perkataan JAM kerana sistem flyover dan jalan yang agak teratur memudahkan kita bergerak ke sana sini dengan cepat. Sebab itu, kita tidak teragak untuk tertumpu satu lokasi dan bleh bebas bergerak pi sana sini tanpa fikirkan sesak.

Seminggu ditinggalkan binatang kesayangan aku.. "ha itu dia keluar..pjg umur" aku longgokan kangkong dan bayam di dalam bekas air, sekantung baja, rumput kering dan banyak bekas air.. selama ini sy pernah meningalknnya sampai 3 hari. nak try 7 hari camana plak.hehe. memang bercadang nak hantar ke Jbtn Veteriner, tapi takut penyakit tersebar2 risau juga la.. jadi lebih selamat dia duk dlm umah ni jer...

(lepas sampai miri nanti aku upload image)

oklah...daa... cadang nak jalan 9.30am. brekpes kat McD jer la.. nak kemas brg ni.. lum siap2 lagi.. huhu..