ivy
Sukan Sekolah yang berlangsung di Stadium KML pada 4 dan 5 Februari dan hari Sabtu akan berlangsungnya perbarisan di Padang sekolah. Seronok jugalah musim2 sukan sekolah. daripada hari Selasa minggu lepas 26, 27, 28, 39 Januari kite bersama2 pelajar berlatih untuk acara lompat jauh, lontar peluru dan olahraga. Pada 2 Feb kite adakan perlawanan lontar peluru dan lompat jauh. Latihan perbarisan pula pada 3 Feb. 

4 Feb kita telah berada di Stadium KML untuk acara Larian 200 meter. Manakala hari ini adalah larian 4 X 100m utk lelaki dan perempuan termasuk guru. Kite tidak terkecuali untuk mewakili kelas dan jabatan ke perlawanan ini.

Pada hening pagi lagi cikgu Faisal ada menyebut.. √§wak wakil guru perempuan untuk lari... aku pun macam nak tak nak jer.. tapi bila kite dah berkeyakinan nak ikut ada pula yang menyebabkn kite luntur semangat. Yelah pandang kite semacam dengan senyum sinis... aku pun..."biarlah yang tubuh mcm belalang jer berlari... kite mcm gajah memang sah org yang tidak kuat, lemah dan  tidak bersukan..". Kadang2 persepsi begini lah yang berpenyakit dikalangan masyarakat kite iaitu memandang orang dengan sebelah mata dan mengangap orang itu tiada potensi. Bila lagi kite bleh tunjukkan potensi..? Pendek cerita.... aku join juga perlawanan itu..

Sebaik aku, An, Mas dan Ju masuk ke track.. debaran memang terasa tapi sebab happy aku selamba jer.. biler lalu depan budak2 memang pelajar sorak dan memberi support.. Yang kedengaran "Cikgu Lee.. Cikgu Lee..." sampai budak2 aku pun kluar ke padang bagi sorak.. Pelajar Raihanah, Suhaidah, Bet, Minah, Azlan, Norajmie berdiri di sisi track bagi sorakkan. cewah... Aku buatlah aksi "rock... tunggang kuda..." dekat teman2 Kak Siti, Shirley, dan Kak Sal yang berdiri tercegat memandang sambil menjerit2.. hahaha..MC pun cakap .."acara berlangsung larian 4 X 100m bagi acara guru perempuan.... Kita boleh lihat aksi2 guru.." hehehe.. lucu betul.


SAAT CEMAS: 
Saat mendebarkan bila bunyi hon dilepaskan, aku melihat An berlari menuju ke Juliana... Nampaknya dia orang yg terakhir menyerahkan Baton kepada Juliana... Sebaik Juliana berlari, sempat lagi  dia buat 
AKSI TERJATUH DAN BANGUN dan berjaya pula MEMOTONG seorang kawan lorong sebelah... Molek tu.. Lepas tu Mas dengan menggunakan kelebihan  
KAKI PANJANGnya itu memotong seorang lagi KAWAN di lorong sebelah... aku tengok dia lari macam tak sabar2 nak dapatkan Baton.. aku pun pi belakang sambut Baton dan lari sepantas KUDA... hahaha.. dengan riuh dan sorak cukup meriah kedengaran... aku pun tamatkan perlawanan dan jatuh ketempat no 3.. hehehe.


Mas, Ju, An dan Ivy (dari kiri)
Beberapa minit lagi dah nak ke acara...  time tu kelam kabut siapa kena lari dulu...


 
walaupun 'panat' tapi bleh tersenyum simpul kerana dpt hadir 
ke acara sukan yg gemilang ini.
Muka oren masam tu,. Cikgu Faizal, merah membara Cgu Marni, Senyum sempoi Cgu Siti, Aksi Jatuh bangun Cgu Juliana, White Nike Cgu Shirley, Kaki Panjang Cgu Mas, Ambil Angin An, Guard budak Kak Jai, Biru comel Cgu Sal dan yg menyelit.. Kak Emah.
(dari kanan)


Tamat garisan aku menuju ke rakan2 dan suporter.. . Pelajar pun kata... "Best Cikgu Lee... Lajunya Cikgu... Ada Gaya Cikgu Lari..."Kak Siti plak... "bukan main laju ko lari Lee...tak sangka akak"dan Shirley thumb up dan mengambil  gambar aku plak...
Dalam fikiran aku.. nasib baik aku dah pegi gym dan jogging semalam, memang baik untuk latihan sebelum perlawanan ni.. Jadi tak adalah kite sakit otot.. tambah2 aku memang buat strecthing dari tadi...

Perlawanan antara guru lelaki memang cukup dasyat juga dimana Bruddin, Khairul, Hisyam dan Faizal dapat tempat ke pertama... Semua aksi yang dicoretkan hari2 begini memang sangat sukar dilupakan. Inilah masanya kita bersama rakan sejawat hadir untuk bersorak, menjerit kegembiraan, mgeratkn hubungan bersama pelajar dengan aktiviti bermanfaat begini...Tamatlah sukan balapan hari ini dengan menutup pintu kereta dan berborak2 dengan kawan2 tentang kemenangan dan celoteh yang ditinggalkan hari ini..

Sebaik habis jer sukan sekolah, kite kena mengikuti Taklimat Orientasi bersama guru baru bersama JPN. dari pukul 2pm hingga 5pm. Kemudian aku pun dengan happynya mengikuti Senam di Gym pada 5.30 petang hingga 7 malam.. Walaupun sungguh padatnya jadual hari ini, sedikitpun aku tak terasa penat... sebab enzime HAPPY kita mengeluarkan isyarat ENERGY untuk badan dan inilah cara kita memotivasikan diri untuk terus bersemangat dan gembira untuk hari2 esok...  :)

(esok aku download gambar nya... )
ape2 aku silap tulis jgn mare yer.. kite gurau2 saja ya... hehe.
| edit post
Reactions: 
0 Responses

Post a Comment