ivy
Kehadiran tarian singa menjelang tahun baru cina adalah satu upacara MESTI di kalangan masyarakat cina. Tidak lupa di sekolah kite di bawah PKKI ada juga ada mengadakan majlis Tahun Baru Cina. Diselitkan juga Majlis menyambut Hari Wilayah dan Sambutan Hari Jadi. Kite dilantik sebagai SU 2 dlm mengendalikan majlis itu dan kite fokus pada persembhn pelajar.

Dalam perjalanan flight ke Miri, baru aku terfikir "bagaimana sekiranya aku buat sendiri persembhn tarian singa di sekolah, mesti meriah...budget dalam RM100 sahaja". Dari situ mulalah komitmen aku untuk membuat persembhn tanpa memberitahu sesiapa dan para pelajar. 

Memang teringinlah bertanyakan harga kepala singa bergantungan di depan shoping complex Boulevard. Cari-mencari kostum dan kepala singa bukan mudah lebih2 lagi dengan harga yang rendah. Hari kedua di berada di Miri baru I  jumpa kepala singa yang dikira paling besar dan termurah. Malas hendak menceloteh begini lah rupa kepala singa.. 












 
itu dia... dia tenung2 nak terkam korang


Singa pertama yang hudus dtg umah...

 
Singa kedua dari sekolah Chung Hua. Miri. Ni baru kacak singa nya..


Banyak-banyak singa di hadapan Family Mart. Entah brp puluh ribu dorang bayar.

 
Singa yang terakhir yang aku pegang di Dewan org Ramai tadi semasa Open House oleh YB2 di area sini.. herm... 

Balik rumah tidak lupa menjahit sendiri kostum untuk seluar yang sama warna dengan badan kepala singa dibeli. 3-4 kali turun ke pasar  beli reben, kain cotton 3 warna dan tali  bulu2 merah 3 meter dan kuning 4 meter. Sasaran pelajar yang sesuai memainkan kepala singa sudah ditentukan iaitu untuk pelajar yang bersaiz kecil sahaja.  

Latihan untuk membawa pelajar memainkan tarian singa ni satu hal yang bukan mudah. Memang mereka sangat malu untuk membuat persembahan. sangat-sangat malu... terutamanya Bruddin, Azlan dan Sajimar. Tetapi ada pula pelajar yang kurang ketrampilannya dalam mengendalikan kepala singa yang teringin membuat persembhn mengendalikan kepala singa.. herm... Ada yang mula2 kata tak tahu lansung bermain drum. tapi secara spontan sehari sebelum berlangsung boleh pula bermain dengan baik... herm budak-budak membuatkan kita pening dan tidak disangka-sangka...



Semasa persembahan di jalankan, semua acara berjalan dengan lancar dengan membuat 2 kali persembahan.  Pengetua Hajah Zamzam pun mencadangkan untuk membuat persembahan di perhimpunan dan pada masa yang sama bolehlah mengumpul dana untuk tabung PKKI :)  

Daripada kisah saya terfikir untuk mewujudkan tarian singa semasa berada dalam kapal terbang... mencari kepala singa.. membuat kostum pakaian sendiri, membawa balik kepala singa menaiki flight yang sangat SEMPIT dan melatih pelajar.. adalah satu perkara yang amat bernilai buat aku. Tidak lupa terima kasih kerana ada member2 yang menyokong aku membuat dan membaiki semula kepala singa ini untuk dijahit semula persediaan untuk perhimpunan esok. Cikgu Mas... :)

ok. sekian sahaja cerita tentang kepala singa. Diharap kalian semua dapat melihat pertunjukkan kepala singa di tapak perhimpunan esok :).. selamat berhibur!






| edit post
Reactions: 
0 Responses

Post a Comment