ivy
Kehadiran tarian singa menjelang tahun baru cina adalah satu upacara MESTI di kalangan masyarakat cina. Tidak lupa di sekolah kite di bawah PKKI ada juga ada mengadakan majlis Tahun Baru Cina. Diselitkan juga Majlis menyambut Hari Wilayah dan Sambutan Hari Jadi. Kite dilantik sebagai SU 2 dlm mengendalikan majlis itu dan kite fokus pada persembhn pelajar.

Dalam perjalanan flight ke Miri, baru aku terfikir "bagaimana sekiranya aku buat sendiri persembhn tarian singa di sekolah, mesti meriah...budget dalam RM100 sahaja". Dari situ mulalah komitmen aku untuk membuat persembhn tanpa memberitahu sesiapa dan para pelajar. 

Memang teringinlah bertanyakan harga kepala singa bergantungan di depan shoping complex Boulevard. Cari-mencari kostum dan kepala singa bukan mudah lebih2 lagi dengan harga yang rendah. Hari kedua di berada di Miri baru I  jumpa kepala singa yang dikira paling besar dan termurah. Malas hendak menceloteh begini lah rupa kepala singa.. 












 
itu dia... dia tenung2 nak terkam korang


Singa pertama yang hudus dtg umah...

 
Singa kedua dari sekolah Chung Hua. Miri. Ni baru kacak singa nya..


Banyak-banyak singa di hadapan Family Mart. Entah brp puluh ribu dorang bayar.

 
Singa yang terakhir yang aku pegang di Dewan org Ramai tadi semasa Open House oleh YB2 di area sini.. herm... 

Balik rumah tidak lupa menjahit sendiri kostum untuk seluar yang sama warna dengan badan kepala singa dibeli. 3-4 kali turun ke pasar  beli reben, kain cotton 3 warna dan tali  bulu2 merah 3 meter dan kuning 4 meter. Sasaran pelajar yang sesuai memainkan kepala singa sudah ditentukan iaitu untuk pelajar yang bersaiz kecil sahaja.  

Latihan untuk membawa pelajar memainkan tarian singa ni satu hal yang bukan mudah. Memang mereka sangat malu untuk membuat persembahan. sangat-sangat malu... terutamanya Bruddin, Azlan dan Sajimar. Tetapi ada pula pelajar yang kurang ketrampilannya dalam mengendalikan kepala singa yang teringin membuat persembhn mengendalikan kepala singa.. herm... Ada yang mula2 kata tak tahu lansung bermain drum. tapi secara spontan sehari sebelum berlangsung boleh pula bermain dengan baik... herm budak-budak membuatkan kita pening dan tidak disangka-sangka...



Semasa persembahan di jalankan, semua acara berjalan dengan lancar dengan membuat 2 kali persembahan.  Pengetua Hajah Zamzam pun mencadangkan untuk membuat persembahan di perhimpunan dan pada masa yang sama bolehlah mengumpul dana untuk tabung PKKI :)  

Daripada kisah saya terfikir untuk mewujudkan tarian singa semasa berada dalam kapal terbang... mencari kepala singa.. membuat kostum pakaian sendiri, membawa balik kepala singa menaiki flight yang sangat SEMPIT dan melatih pelajar.. adalah satu perkara yang amat bernilai buat aku. Tidak lupa terima kasih kerana ada member2 yang menyokong aku membuat dan membaiki semula kepala singa ini untuk dijahit semula persediaan untuk perhimpunan esok. Cikgu Mas... :)

ok. sekian sahaja cerita tentang kepala singa. Diharap kalian semua dapat melihat pertunjukkan kepala singa di tapak perhimpunan esok :).. selamat berhibur!






ivy
Taklimat Orientasi ini kepada guru-guru baru telah memberi manfaat, kesedaran dan ilmu yang banyak untuk dibekalkan kepada guru-guru baru seperti kite ini untuk terus berkhidmat. Fasilitator yang memberi taklimat diwakili oleh Ketua-Ketua Sektor dan Penolong Pengarah. Pelbagai topik dimuatkan dan kandungan utama adalah 4 sub bagi NKRA, Kemudahan/elaun, Penempatan, Etika guru dan Penjawatan.
Maklumat yang disalurkan juga sangat berguna untuk Ujian Temuduga SPP dan ujian2 PTK.Contoh:

Bidang Keberhasilan Utama Nasional) KPM tersebut difokuskan kepada 4 sub-NKRA iaitu:

1. Prasekolah - dimana peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas ke pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012.
2. Literasi dan Numerasi - di mana semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.
3. Sekolah Berprestasi Tinggi - di mana usaha KPM membangunkan 100 buah ' high performance schools ' termasuk 'trust schools' pada akhir tahun 2012.
4. Pengetua/Guru Besar - di mana bai'ah atau akujanji kepada Pengetua/Guru Besar berdasarkan 'performance based assessment' mulai tahun 2010.

Berikut adalah fakta ringkas yang cuba disampaikan oleh  pengarah dalam ucapan majlis penutupan: 
  •  Kemenjadian murid
  • Tatacara seorang guru- Aspirasi 1 Malaysia
  • Kepimpinan guru mempengaruhi p&p
  • Budaya Cemerlang-prestasi sekolah, kerja
____________________________________ ^_^_________________________________

Majlis sangat meriah dengan penyampaian sijil penyertaan dan apabila nama kita dipanggil oleh pengacara pada petang itu "LiVi......(diam)" memang susah nama aku kan.. Pengerusi oleh Unit Ketua Pend. Khas, org2 kite lah..sempat lagi pengerusi maklumkn pengarah yang kite ni org P.Khas... :)

Tamatnya seisi taklimat dan aku pun mengemas dan menyimpan LCD yang diguna pakai selama 3 hari ini.Kalau tak kemas nanti Cgu Justine marah.. :) Inilah satu statement untuk kita berhati-hati dan menyimpan peralatan ini ke tempat asal. Yelah kalau tak cakap gitu sepah2 plak jadinya kan.. Takutlah juga kalau2 barang ini hilang, so kite tunggu Cgu Yul mengunci semua pintu Dewan Semarak itu..

Cuaca sangat panas hari ini, dan Cgu Ju menawarkan aku dan Mas makan makanan istimewa yang tidak pernah kami dengar dan makan di foodcourt UK.. Mee Makasar.. Aku ingat mee tu ala-ala Madagascar... ! 

Jalan-Jalan Cari Makan: Mee Makasar, Cucur udang dan ABC...
Selepas makan dan borak-borak, kami bertiga pun menuju ke Parkson untuk membeli barang keperluan dan saya sempat naik ke atas untuk membeli pakaian dan stokin sukan. Bila hendak bersukan ni kena pakai pakaian yang lengkap barulah selesa. 

Lupa nak maklumkan, hadiah kami dapat dalam larian acara 4X100m adalah towel. Ada yang kata, kite dapat towel je... aku pun jawab
"ha baguslah..memang aku dah lama nak cari dan beli towel.baguslah aku tak payah beli. ...":) member pun terdiam pandang dengar aku jawab gitu. aih... Betullah, towel tu berguna untuk kita mengelap peluh dan inilah masanya kita mula untuk menanam sikap suka bersukan!.... bermakna hadiah itu tau.

oklah.. esok p&p berjalan seperti biasa. kena rehat ni seharian tak jumpa rehat. tup.. tap balik terus buat blog.. Kite sebagai dokumentasi sukan kena buat laporan untuk Hari Sukan Tara sekolah... belum sempat buat lagi tu.. ok chau....

ivy
Sukan Sekolah yang berlangsung di Stadium KML pada 4 dan 5 Februari dan hari Sabtu akan berlangsungnya perbarisan di Padang sekolah. Seronok jugalah musim2 sukan sekolah. daripada hari Selasa minggu lepas 26, 27, 28, 39 Januari kite bersama2 pelajar berlatih untuk acara lompat jauh, lontar peluru dan olahraga. Pada 2 Feb kite adakan perlawanan lontar peluru dan lompat jauh. Latihan perbarisan pula pada 3 Feb. 

4 Feb kita telah berada di Stadium KML untuk acara Larian 200 meter. Manakala hari ini adalah larian 4 X 100m utk lelaki dan perempuan termasuk guru. Kite tidak terkecuali untuk mewakili kelas dan jabatan ke perlawanan ini.

Pada hening pagi lagi cikgu Faisal ada menyebut.. äwak wakil guru perempuan untuk lari... aku pun macam nak tak nak jer.. tapi bila kite dah berkeyakinan nak ikut ada pula yang menyebabkn kite luntur semangat. Yelah pandang kite semacam dengan senyum sinis... aku pun..."biarlah yang tubuh mcm belalang jer berlari... kite mcm gajah memang sah org yang tidak kuat, lemah dan  tidak bersukan..". Kadang2 persepsi begini lah yang berpenyakit dikalangan masyarakat kite iaitu memandang orang dengan sebelah mata dan mengangap orang itu tiada potensi. Bila lagi kite bleh tunjukkan potensi..? Pendek cerita.... aku join juga perlawanan itu..

Sebaik aku, An, Mas dan Ju masuk ke track.. debaran memang terasa tapi sebab happy aku selamba jer.. biler lalu depan budak2 memang pelajar sorak dan memberi support.. Yang kedengaran "Cikgu Lee.. Cikgu Lee..." sampai budak2 aku pun kluar ke padang bagi sorak.. Pelajar Raihanah, Suhaidah, Bet, Minah, Azlan, Norajmie berdiri di sisi track bagi sorakkan. cewah... Aku buatlah aksi "rock... tunggang kuda..." dekat teman2 Kak Siti, Shirley, dan Kak Sal yang berdiri tercegat memandang sambil menjerit2.. hahaha..MC pun cakap .."acara berlangsung larian 4 X 100m bagi acara guru perempuan.... Kita boleh lihat aksi2 guru.." hehehe.. lucu betul.


SAAT CEMAS: 
Saat mendebarkan bila bunyi hon dilepaskan, aku melihat An berlari menuju ke Juliana... Nampaknya dia orang yg terakhir menyerahkan Baton kepada Juliana... Sebaik Juliana berlari, sempat lagi  dia buat 
AKSI TERJATUH DAN BANGUN dan berjaya pula MEMOTONG seorang kawan lorong sebelah... Molek tu.. Lepas tu Mas dengan menggunakan kelebihan  
KAKI PANJANGnya itu memotong seorang lagi KAWAN di lorong sebelah... aku tengok dia lari macam tak sabar2 nak dapatkan Baton.. aku pun pi belakang sambut Baton dan lari sepantas KUDA... hahaha.. dengan riuh dan sorak cukup meriah kedengaran... aku pun tamatkan perlawanan dan jatuh ketempat no 3.. hehehe.


Mas, Ju, An dan Ivy (dari kiri)
Beberapa minit lagi dah nak ke acara...  time tu kelam kabut siapa kena lari dulu...


 
walaupun 'panat' tapi bleh tersenyum simpul kerana dpt hadir 
ke acara sukan yg gemilang ini.
Muka oren masam tu,. Cikgu Faizal, merah membara Cgu Marni, Senyum sempoi Cgu Siti, Aksi Jatuh bangun Cgu Juliana, White Nike Cgu Shirley, Kaki Panjang Cgu Mas, Ambil Angin An, Guard budak Kak Jai, Biru comel Cgu Sal dan yg menyelit.. Kak Emah.
(dari kanan)


Tamat garisan aku menuju ke rakan2 dan suporter.. . Pelajar pun kata... "Best Cikgu Lee... Lajunya Cikgu... Ada Gaya Cikgu Lari..."Kak Siti plak... "bukan main laju ko lari Lee...tak sangka akak"dan Shirley thumb up dan mengambil  gambar aku plak...
Dalam fikiran aku.. nasib baik aku dah pegi gym dan jogging semalam, memang baik untuk latihan sebelum perlawanan ni.. Jadi tak adalah kite sakit otot.. tambah2 aku memang buat strecthing dari tadi...

Perlawanan antara guru lelaki memang cukup dasyat juga dimana Bruddin, Khairul, Hisyam dan Faizal dapat tempat ke pertama... Semua aksi yang dicoretkan hari2 begini memang sangat sukar dilupakan. Inilah masanya kita bersama rakan sejawat hadir untuk bersorak, menjerit kegembiraan, mgeratkn hubungan bersama pelajar dengan aktiviti bermanfaat begini...Tamatlah sukan balapan hari ini dengan menutup pintu kereta dan berborak2 dengan kawan2 tentang kemenangan dan celoteh yang ditinggalkan hari ini..

Sebaik habis jer sukan sekolah, kite kena mengikuti Taklimat Orientasi bersama guru baru bersama JPN. dari pukul 2pm hingga 5pm. Kemudian aku pun dengan happynya mengikuti Senam di Gym pada 5.30 petang hingga 7 malam.. Walaupun sungguh padatnya jadual hari ini, sedikitpun aku tak terasa penat... sebab enzime HAPPY kita mengeluarkan isyarat ENERGY untuk badan dan inilah cara kita memotivasikan diri untuk terus bersemangat dan gembira untuk hari2 esok...  :)

(esok aku download gambar nya... )
ape2 aku silap tulis jgn mare yer.. kite gurau2 saja ya... hehe.