ivy
Sebaik sahaja kita naik tangga hendak menuju ke rumah kita, tercegat mata kita melihat beberapa helai kertas notis yang ditampal penuh dengan highlight pink. Aku pun membacanya. Setakat ini semua peraturan yang dicatit didalamnya saya ikut. Tetapi bila membaca bab BINATANG PELIHARAAN DAN TERNAKAN dalam pekeliling syarikat pembersihan ini senaraikan yang ke 10. Aku pun membacanya dengan serius sekali...





Aku Magnifier buat korang: 

10.0 Binatang pelliharaan dan ternakan.

1) Binatang peliharaan dan ternakan seperti ayam, itik, kucing, anjing, burung atau lain-lain binatang tidak dibernarkan diternak atau dipelihara di unit atau harta bersama yang mana ia akan menyebabkan bahaya, mengotor, mengganggu atau menghalang penghuni lain.

2) Pihak pengurusan berhak untuk mengambil tindakan yang wajar untuk mengalih, memindah, menangkap dan menghapuskan binatang tersebut tanpa sebarang notis di alam atau luar premis penghuni dan segala kos berkaitan akan ditanggung oleh penghuni yang terlibat.




Bila kita sebagai pemilik haiwan kesayangan membaca peraturan ini bermacam2 telah timbul dalam note pad dalam otak ni.. 
  • aku kena sembunyi binatang ni daripada pengetahuan mereka. Untuk lepaskan diluar pantang sekali.
  • Binatang aku dalam bilik je, tak kluar mana2 pun.
  • Binatang aku tak sekotor yang mereka sangkakan... siap ada sanitary spray, lantai yang dibasmi kuman, ada syampu spray, mandi selalu.... cewah... dan binatang aku ni sudah pandai Toilet Tranning. Jarang binate boleh buat benda ni.
Saya mengakulah, kertas penuh dengan Pink ditangga tu, memang buat aku tak duduk diam tensen mengingatkan kembali. Walaupun bukan melanggar peraturan pun... Sebab kalau bab menyebut BINATANG ni.. aku sangat SENSITIF...
PET LOVER katakan..
 

lebih-lebih lagi ayat 
"menangkap dan menghapuskan binatang tersebut tanpa sebarang notis....."

ape-ape pun janganlah ada perkara berlaku yang menghalang binatang aku ni... ha dia dok cium kaki aku tu..  haa itu dia binate aku.. Ping Ping. 






Gambar1: semasa di Jabatan Veteriner Haiwan. Emergency bawa dia sebab masalah sembelit..Trima kasih Cgu Mahazi bagi aku transport service utk aku mhantarnya pada masa itu.. hehe.





Gambar 2: Semasa dia berada di Country Homes, sering keluar berjumpa Vet, Pet shop dan Klinik untuk menerima vaksin, dan shoping2 beli peralatan untuk dia... Sayang macam si Baby..

0 Responses

Post a Comment