ivy
Tarikh bersejarah dalam tahun 2010, iaitu hari pertama persekolahan. Tidak lepas juga kite telah ditetapkan untuk bertugas pada minggu pertama ini sebagai guru bertugas mingguan. Sampai ke sekolah 6.20 pagi dengan keadaan terpingga-pingga, nak buat apa dalam perhimpunan nanti. Nasib baik dibantu oleh pelajar pengawas sekolah, ringanlah beban aku. Kerusi disusun, PA system dan muzik sudah disediakan. Memang  kelam kabutnya teramat sangat, sebab ini adalah majlis perhimpuan pertama semenjak aku di Mutiara ni, belum pernah kita lihat perhimpunan yang serasminya.

Nasib baiklah aku menyediakan teks ucapan malam tadi, kuranglah gementar di atas pentas tu. Rupa-rupanya, sekolah ada menyediakan teks ucapan dan pelajar pengawas yang berucap. tetapi semua itu tiada pada hari pertama sekolah hari ini. Semua memandang pada aku.. herm.. buat aje lah. Menjadi MC di Universiti dulu pada majlis rasmi kecil-kecilan tidak sama dengan keadaan di sekolah yang ramai muridnya kerana kita kena tunjuk cara memberi MC yang betul di hadapan para pelajar.

Hari pertama persekolahan, kite kena buat terbaik untuk persepsi pelajar yang baru masuk terutamanya pelajar tingkatan 1. Jadi semua ikrar, rukun negara kita masukkan juga. Bila masuk seisi Rukun Negara aku on the spot cari cikgu yang ada di sisi untuk membacanya. Cikgu Cheah terima pelawaanku tanpa berfikir panjang dan memberi laungan rukun negara yang penuh semangat sehingga memecah hening di pagi tu. 'cewahh....'

Flow dan susunan majlis yang saya buat memang jauh berbeza dengan sekolah di sini. Sebab saya mengikut tatacara majlis dan pengalaman berbeza di sekolah2 lain. Tetapi on the spot saya ubah juga.


Masih ingat lagi semasa di Kolej dulu kita ada mengikuti bengkel Pengucapan Awam selama 2 hari,  tapi sedihlah sebab sijil tidak diberikan oleh penganjur. Pada masa itu, semua kami dipaksa memberi ucapan di hadapan khalayak, bila turn aku memberi ucap.. hehe semua audiens senyap termasuk Jurulatih memandang aku dengan tajam... dan melontarkan pujian "syabas, kalau majlis kebesaran tiada MC, kita boleh panggil dia untuk bekerja...". Cakap acah aje tu. hehe. 

Secara rasminya juga kite mengajar pelajar PK di sini dan mulai hari inilah juga saya mengenali mereka dengan lebih dekat. Dalam subjek Multimedia tadi misalnya, dengan 7 orang pelajar yang mempunyai tahap kelemahan yang pelbagai memang memberi cabaran cukup besar. Tetapi kite berbangga sebab secara keseluruhannya objektif tercapai walau hanya meminta mereka melukis komponen komputer di dalam makmal IT tadi. Bagi pelajar ini, aktiviti yang  diberikan adalah cukup sukar bagi mereka tetapi berjaya disiapkan oleh mereka. Bukan senang...

 


Para pelajar tak sabar2 nak main komputer selepas selesai melukis komponen komputer.

Anyway, selamat bertugas kepada semua guru2 dan kawan2 aku yang berada di luar sana. Semoga tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.. chayokk.... :)
Labels: | edit post
0 Responses

Post a Comment